Close

Current site: website_MasterMY
Database: web
Content start path: /sitecore/content/MasterMY
Home node: /sitecore/content/MasterMY/home
Language: Malay (Malaysia) : Bahasa Melayu (Malaysia)
Index : mastermy_web_index
InstanceInfo configuration: Complete
InstanceInfo site: Complete;
WAJIB! ESSENCE PENCERAH WAJAH YANG MENEMBUSI HINGGA 10 LAPISAN KULIT

WAJIB! ESSENCE PENCERAH WAJAH YANG MENEMBUSI HINGGA 10 LAPISAN KULIT

Essence untuk kulit wajah merupakan selebriti baharu di dunia kecantiakan. Produk yang makin popular di pasaran Asia Timur ini sememangnya berfungsi seperti air magis yang melembutkan dan mencerahkan wajah.


APA ITU ESSENCE?


Essence adalah sejenis cecair ringan dengan kandungan yang tinggi untuk melembapkan kulit wajah. Secara umum, formula di dalam essence kaya dengan antioksidan, vitamin dan bahan-bahan bernutrisi yang diperlukan oleh kulit untuk menyeselaikan isu-isu kulit yang spesifik, dimulai dari pencerahan kulit hingga ke anti-penuaan. Oleh kerana manfaat yang lebih lengkap daripada moisturizer atau pelembap, essence sering diberi jolokan sebagai ‘miracle water’.


Selain itu, essence juga mampu merawat kulit dan menghaluskan tekstur kulit. Essence yang mempunyai struktur molekul yang kecil membolehkan ianya menembusi sehingga ke lapisan kulit yang lebih dalam. Bahkan, ada juga essence yang diperkaya dengan teknologi terkini sehingga mampu meresap hingga 10 lapisan kulit serta membuat kulit tampak cerah dan mulus bak Kristal.



ESSENCE PENCERAH WAJAH TERKINI!


Memperkenalkan essence baharu, L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence yang mempunyai semua kehebatan essence diperkayakan lagi dengan teklonogi molekul terkini. Kebanyakkan essence dalam pasaran hanya mampu menembusi satu atau dua lapisan kulit sahaja manakala Crystal Micro-Essence yang bertekstur ringan, lebih cair dengan kadar penyerapan yang lebih pantas mampu meresap hingga 10 lapisan kulit atau lebih tepatnya ke lapisan epidermis stratum korneum. Hebat, bukan?


Bukan hanya itu, essence ini juga memiliki kandungan yang kulit anda perlukan. L’Oreal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence mengandungi bahan aktif perncerah kulit yang dapat membantu mempercepatkan proses pembaharuan kulit dan menghaluskan tekstur kulit. Bahan-bahan aktif ini adalah Mild Exfoliating Hepes yang secara melbut akan mengeksfoliasi dan menanggalkan sel-sel kulit mati dan Salicylic Acid pula untuk membantu meregenerasi kulit dan mencerahkan sehingga kulit kelihatan lebih cerah.


Hebatnya lagi, essence ini mengandung bahan Centella Asiatica yang memiliki kekuatan legendari untuk memperbaiki kelembapan kulit wajah daripada dalam, menyamarkan garis halus sehingga kulit anda terasa lebih halus, lebih anjal, dan tampak muda. Penggunaan secara teratur essence pencerah wajah L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence ini, kulit anda bukan hanya kelihatan lebih cerah, tapi juga tampak mulus bagaikan kristal.



OPTIMUMKAN MANFAATNYA!


Jika anda inginkan kulit secerah dan semulus kristal, cubalah produk secara rutin selama empat minggu dan alami perubahannya pada kulit wajah.


Gunakan L’Oreal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence setiap pagi dan malam. Hindari penggunaan kapas, cara penggunaan optimum adalah dengan penggunaan terus ke kulit wajah. Gunakan 4 titisan essence kemudiannya ratakan di tapak tangan dan gunakan jari-jemari anda untuk lakukan urutan ringan juga dengan pegerakan secara tepukan lembut pada muka sehingga produk serap sepenuhnya.


Jika anda kesuntukan masa untuk melakukan urutan ringan pada wajah, tuangkan sahaja beberapa titis essence ke telapak tangan, lalu ratakan dengan pergerakan tepukan lembut pada muka sehingga semuanya meresap. Kehangatan natural dari tangan anda mampu membantu mencairkan essence ke dalam kulit wajah. Penggunaan essence ini mampu menjadi ritual yang menenangkan.


Caranya mudah dan tidak mengambil masa yang panjang, bukan? Tunggu apa lagi, sayangi kulit wajah anda dengan memberikan essence yang terbaik. Dapatkan segera L’Oreal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence di farmasi berdekatan anda mahupun di Lazada atau Shopee dalam bottle 65ml ataupun 130ml!

All tips

#message

Leave the page ? You have not saved your modifications.

More details